08 February 2011

Cuba nak berpuisi.. Boleh ke?

Salam kawan2 yang sudi membaca
*psttt en3 tacing2 jap k...tetengah malam bote la katekan :P tehee
rase nak bersajak berpuisi dan bermengarut la plak memalam ni > jap erk perah otak....


Hari ini 
Dia datang lagi, 
saat KAMI dah boleh terima 'ketiadaannya'
saat KAMI dah boleh hidup 'tanpanya'
saat KAMI dah mula terima 'kenyataannya'

Kenapa hari ini?
Dia mungkin sangka,
aku akan terima Dia tanpa banyak tanya
aku akan jadi macam dulu sering bersenda
aku takkan pertikaikan tindakan luar biasa Dia

Tapi Dia silap
Aku yang semakin dewasa hari ini
adalah aku yang semakin tebal menyimpan rasa marahkan Dia
aku yang semakin rapuh menahan air mata
 aku yang semakin pandai mempersoalkan tindakannya

Mungkin
Dia mahukan aku yang dulu, Tapi aku pon sangat rindukan Dia yang dulu
Dia mahu kemaafan dari aku, Tapi bukan dari aku kemaafan tu harus Dia minta
Dia cuba sedaya upaya mengharapkan aku terima kenyataan itu;
Tapi aku pula, sedaya upaya mengharapkan kenyataan ini cuma mimpi ngeri dalam hidup aku

"MOGA MIMPI NGERI INI SEGERA BERLALU
DAN KEMBALIKAN DIA YANG DULU PADA AKU"

kawan2 yang sudi baca,
dalam hilai tawa azi, senda gurau azi, riang ria azi
banyak cerita duka azi yang kawan2 tak tau dan tak perlu tau

biarlah azi jadik azi yang kawan2 kenal skarang ni
cukup la "kertas maya" ni tempat azi curahkan cerita suka & duka azi

SALAMSSSS :) kawan2... cheer up azi!! ;D

2 comments:

✿.。CikPuan Su。.✿ said...

wei2...udah2 ler tu...kisah yg lepas jgn dikenang, klu dikenang buat jiwa x tenteram..En.Rmann ko tau kang abis terbang bumbung umah mak ko tuh...menjiwa ler pulok memlm bute..laki kat sebelah x cari kew?? huhuhu...

~~Pengisi@n d@L@m Pen@nti@N~~ said...

:P teheee ni bukan kisah lepas nok... kisah sekarang... wah giteeww... btw, abaikan jerk keluh kesah aku ni...juz nak feeling2 tacing2... tak mo terbawak2 lam perwatakan aku... aku tak suke nak cite2 kat owang... kang aku meleleh, baik aku meleleh sowang2. har3... enRmann la 1st diary aku... har3...a.k.a punching bag warghkahkahkah